|
Kelas Tambahan 2011 |
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 11 August 2011 21:10 |
|
SMKSAS LENGGONG 12 Ogos 2011 - Seperti yang telah dimaklumkan pada minggu lepas oleh PK Pentadbiran, kelas tambahan bagi semua kategori akan diteruskan.
Kelas ELIT tingkatan 3 dan 5 akan diteruskan bermula pada petang setiap petang jumaat dan pagi Sabtu diteruskan bermula 12 Ogos 2011. Kedudukan pelajar bagi semua kelas mengikut kelas masing-masing.
Kelas Tambahan tingkatan 3 dan 5 disambung semuala mulai 15 Ogos 2011 iaitu hari Isnin, Selasa dan Khamis.
Kelas Tambahan ELIT tingkatan 1, 2 dan 4 juga akan dimulakan serentak dengan tingakatn 3 dan 5 pada hari yang sama.
Semua kelas di atas akan dilaksanakan sehingga 25 Ogos 2011 dan ditangguhkan seketika sepanjang cuti Hari Raya Aidil Fitri. Kelas akan disambung semula pada minggu pertama buka sekolah selepas cuti hari raya.
Semua jadual telah diedar kepada semua guru dan pelajar. Jadual juga boleh dirujuk di papan kenyataan Kurikulum Sekolah.
Pihak Pengurusan Sekolah berharap semua program akan mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru dan pelajar. Moga slogan SMKSAS Sentiasa Cemerlang akan menjadi kenyataan.
Terima kasih.
PK Pentadbiran SMKSAS. |
|
Last Updated on Thursday, 11 August 2011 21:30 |
|
|
Berita Terkini Markah Percubaan PMR |
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 09 August 2011 13:49 |
|
SMKSAS LENGGONG 9 Ogos 2011 - berita terkini untuk emua guru SMKSAS yang mengajar Tingkatan 3. Berdasarkan mesyuarat PK Pentadbiran yang diadakan pada 9 Ogos 2011, 11.00 pagi di PKG Gerik, pihak PPD memaklumkan bahawa markah Peperiksaan Percubaan PMR 2011 hendaklah di key in dalam program Zoom-A mulai dari sekarang hingga 19 Ogos 2011. Semua guru hendaklah menggunakan kolum U3. Minta kerjasama semua guru untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
Di samping itu, semua guru yang mengajar Tingkatan 1 hingga 5 dikehendaki melengkapkan markah Ujian 2 dalam program SAPS. Ujian 2 bagi Tingkatan 3 ialah Markah Program Persediaan Peperiksaan Percubaan PMR 2011.
Sekian terima kasih.
PK Pentadbiran SMKSAS. |
|
Peperiksaan Percubaan PMR dan Ujian 2 |
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 29 July 2011 22:59 |
|
SMKSAS 30 Ogos 2011 - Semua guru dan pelajar SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong diminta membuat persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi Peperiksaan Percubaan PMR dan Ujian 2 tahun 2011. Kedua-duanya akan dijalankan serentak iaitu bermula dari 3 Ogos 2011.
Peperiksaan Percubaan PMR 2011 akan dijalankan selama 5 hari iaitu bermula pada 3 Ogos 2011 (Rabu) hingga 9 Ogos 2011 (Selasa) minggu berikutnya. Semua pelajar tingkatan 3 akan menjalani peperiksaan ini di dewan peperiksaan yang akan dibuka dan disusun pada hari Selasa (2 Ogos 2011) bermula jam 12.00 tengah hari. Diharapkan, semua pelajar tingkatan 3 akan memberikan kerjasama yang baik terutama dari segi peraturan peperiksaan kerana peperiksaan ini dianggap sebagai latihan untuk menghadapi peperiksaan sebenar. Semua pelajar tingkatan 3 juga diminta menjawab secara bersungguh-sungguh kerana semua markah peperiksaan akan dihantar ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Bagi ujian 2 yang melibatkan pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5, ujian ini dijalankan di peringkat sekolah. Bagi tingkatan 1 dan 2, ujian dijalankan selama 2 hari iaitu bermula 3 Ogos 2011 hingga 4 Ogos 2011. Manakala bagi tingkatan 4 dan 5 dijalankan selama 3 hari bermula 3 Ogos 2011 hingga 5 Ogos 2011. Pihak sekolah terutamanya JK Kecemerlangan Akademik berharap semua pelajar akan menunjukkan komitmen yang baik bagi memastikan mereka memperolehi pencapaian yang memberangsangkan.
Jadual pengawasan Peperiksaan Percubaan PMR dan Ujian 2 adalah mengikut waktu jadual peribadi masing-masing. Semua guru diminta berada di dalam kelas walaupun pada masa itu peperiksaan tidak dijalankan bagi memastikan suasana kelas tenteram.
Semoga perjalanan peperiksaan dan ujian yang dijalankan dalam bulan yang mulia ini akan mendapat keberkatan dan semua pelajar SMKSAS akan mencapai keputusan yang cemerlang.
|
|
|
Markah Ujian 2 dan Percubaan PMR 2011 |
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Monday, 08 August 2011 13:52 |
|
SMKSAS 8 Ogos 2011 - perhatian kepada semua guru SMKSAS yang dikasihi. Minta kerjasama semua guru mata pelajaran memasukkan markah Ujian 2 bagi Tingkatan 1,2 4 dan 5 serta markah Peperiksaan Percubaan PMR 2011 dalam sistem SAPS secepat mungkin dan tidak melepasi tarikh 25 Ogos (Khamis). Pihak Pentadbiran akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa.
Semua guru mata pelajaran juga dikehendaki menghantar keputusan Ujian dan Peperiksaan Percubaan PMR kepada PK Pentadbiran melalui Pn. Sarimah dengan menggunakan Borang Pungut Markah yang telah disediakan. Tarikh akhir sebelum atau pada 25.08.2011.
Kerjasama semua guru amat dialu-alukan agar analisis keputusan dapat dikeluarkan secepat mungkin dan mesyuarat JK Kurikulumserta mesyuarat kali ke-3 dapat dijalankan bagimengenal pasti kekuatan dan kelemahan dan membincangkan tindakan penambahbaikan yang perlu diambil. Kprihatinan semua guru diucapkan jutaan terima kasih.
Moga sekolah kita akan terus maju dan cemerlang.
Terima kasih.
Akmad Jailani bin Kamaroddin.
PK Pentadbiran. |
|
Program Teknik Menjawab PMR dan SPM |
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 16 July 2011 15:51 |
|
Bermula 12 Julai pihak sekolah telah mengadakan Program Teknik Menjawab bagi pelajar PMR dan SPM. Program ini adalah salah satu usaha untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.
|
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 Next > End >>
|
|
Page 1 of 4 |